Thursday, June 17, 2010

RENUNGLAH

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !


credit to isuhangat

Copy from one, it's plagiarism; copy from two, it's research-wilson mizner
trying to be a blogger-haziq

Wednesday, June 2, 2010

Syafiq abis...haziq plak menyambung

Salam...
Lama dah x update...maklumle sibuk menyambut puteri baru...si kakak nampaknya amik masa nak biasakan diri sejak kedatangan ahli baru dalam keluarga...

Tahniah kepada bro syafiq...abih gak 4 tahun menuntut ilmu sihir pertanian di terengganu...rasa cam baru je lg expidisi menghantar beliau dulu...tup tup dah abih dah...konvo afiq rasanya mcm dengar2 macam julai ni...haha..cun..nampak cam boleh buat komplot menyinggah kenyir nampaknya..hehehe...

Tahniah juga kepada haziq...kini menuntut jurus pertama sihir kaji hayat di Puncak Alam...peh bapak tinggi tempat dia menuntut...kira tahap2 langit dah ni...kot2 jumpa ayah pin jgn le pulak ko salah nuntut...hahahaah...

Ayie nampaknya semakin sibuk dengan bisnes2 dia...nampak cam projek sawit dan ikan kolam akan mendatangkan hasil yang lumayan...dan nampaknya beliau akan menjadi penaja utama trip kenyir hujung tahuni..yeah!

Fatin semakin mengganas di UPM...kalau dulu macam jd ketua aras lebih kurang (tapi plg tinggi tu jawatan dia sbb aras yg dijaga adalah aras plg tinggi)..tahun ni nampaknya beliau cuba mengawal blok di kolej nampaknya..tp nampaknya beliau telah tewas dalam pilihanraya blok..tp beliau tidak mengenal putus asa...skrg dok intai kerusi naib canselor upm..peh dasat gila cita2..hahaha...

Ifwat..cam biasa..study hard...nak PMR le katakan..punya la hard stadi smpai tusyen pun dah x sempat nak pi...hehehe...tp beliau mmg best..kalau stadi, punya le focus...cuma KFC dan Pizza je yg mampu menggugat kefokusan beliau..kalau setakat roti john sg. rambai dia buat dono jek...

Apapun..adik2 marilah kita ramai2 memeriahkan kenyir nanti..hahahaha!

Sunday, May 9, 2010

Avenged Sevenfold- Dear god with lyrics

Tahniah kepada Abg Bat & Kak Ery

CongraTe To Abg. Bat 7 Kak Ery...
sempena mendapat kelahiran baby girl baru
Izdihar Hasya Binti Izuan Bahtiar....
makin bertambah la gurl kat rumah tu...
ade gak teman puteri sulung Izdihar Hanani untuk bermain...huhuhu
Paper pun Aqiqah tunggu semua balik....huhuhuhu

Saturday, March 13, 2010

Tahniah!

Tahniah kepada bro Aziq n Bro Ifwat atas kejayaan memasing.

Wednesday, February 3, 2010

Persidangan Keluarga Don Jalal

Lokasi: Legend, Cherating.

Persidangan keluarga peringkat kebangsaan 2010 berlangsung dengan meriahnya pada 29 - 31 Januari 2010 lalu di pesisiran pantai Cherating. Persidangan selama 3 hari itu bertujuan membincangkan isu-isu dan perkara berbangkit sepanjang 2001 - 2010. Persidangan dihadiri oleh semua ahli keluarga kecuali bro Aziq yang tidak hadir dengan kebenaran kerana sedang menjalani tahanan khidmat negara.

Persidangan ini juga menyaksikan bro Ayie berlagak dengan sport rim SSR yang bernilai RM3K (kosong)..


Tentatif:
  1. Perjalanan dari 2 lokasi (Muar-JLQ501 dan Kluang-JLF2063) dan bertemu di Segamat. Perjalanan diteruskan ke Sg. Isap, Pahang sebagai lokasi bermalam pada hari pertama.
  2. Perjalanan dari Sg. Isap (JLQ & JLF) dan K.Terengganu (WJQ1325) dan bertemu di Legend sebagai lokasi utama persidangan.
  3. Perjalanan balik ke 3 destinasi berbeza:
  • JLQ - Kuantan-Penur-Pekan-Penur-Pekan-Rompin-Muadzam-Segamat-Jementah-Tangkak-Muar.
  • JLF - Kuantan-Penur-Pekan-Rompin-Muadzam-Segamat-Jementah-Muar-Kluang.
  • WJQ - Kemaman-K.Terengganu.
Aktiviti:
  1. Lawatan ke rumah sedara-mara.
  2. Lawatan sambil buang duit ke kedai aksesori kereta.
  3. Lepak2 sambil mandi kolam.
  4. Main game smbil abihkan duit.
  5. Memancing ikan di pantai yang berombak setinggi 3 kaki..ceh..
  6. Mandi kolam lagi...
  7. Lawatan sambil beli dan makan keropok lekor.
  8. Lawatan ke kem tahanan khidmat negara.

Kenangan:
  1. Kejayaan bro Ifwat dalam menewaskan 3 kor ikan ddi pantai Cherating dalam tempoh yg lebih singkat dari bro Ayie menyiapkan perambut-perambutnya. Kejayaan ini akan dibanggakan beliau sehingga tempoh persidangan tahun hadapan.
  2. Kekalahan pasukan all-star Don Jalal dalam pertandingan futsal pantai pada peringkat pertama lagi. Kegagalan dipercayai berpunca dari sikap tidak mahu menang oleh pasukan all-star. Selain itu, ketiadaan pemain perancang, bro Aziq yang tidak dibenarkan bermain kerana masih dlam tahanan.
  3. Perjalanan yang mematahkan pinggang dari Penur ke Segamat.

Tuesday, January 26, 2010

kembali semula...

lama dah x update ruangan keluarga ni..sibuk memanjang dengan hal-hal dunia..hehe..abah n mak dah tentu le sibuk mencari rezeki untuk keluarga...syafiq sibuk final year projek..ayie sibuk meluluskan bantuan dan memeriksa kawasan pekebun-pekebun kecil slim river..fatin sibuk sbb baru naik semester baru...aziq sibuk berkhidmat untuk negara di kem PLKN (jangan lupa solat ye)..n ifwat sibuk mempersiapkan diri untuk periksa tingkatan 3 hujung tahun..peh..semua sibuk...

apapun..harap-harap dapat luangkan masa untuk update laman keluarga ni ye...