Wednesday, February 3, 2010

Persidangan Keluarga Don Jalal

Lokasi: Legend, Cherating.

Persidangan keluarga peringkat kebangsaan 2010 berlangsung dengan meriahnya pada 29 - 31 Januari 2010 lalu di pesisiran pantai Cherating. Persidangan selama 3 hari itu bertujuan membincangkan isu-isu dan perkara berbangkit sepanjang 2001 - 2010. Persidangan dihadiri oleh semua ahli keluarga kecuali bro Aziq yang tidak hadir dengan kebenaran kerana sedang menjalani tahanan khidmat negara.

Persidangan ini juga menyaksikan bro Ayie berlagak dengan sport rim SSR yang bernilai RM3K (kosong)..


Tentatif:
  1. Perjalanan dari 2 lokasi (Muar-JLQ501 dan Kluang-JLF2063) dan bertemu di Segamat. Perjalanan diteruskan ke Sg. Isap, Pahang sebagai lokasi bermalam pada hari pertama.
  2. Perjalanan dari Sg. Isap (JLQ & JLF) dan K.Terengganu (WJQ1325) dan bertemu di Legend sebagai lokasi utama persidangan.
  3. Perjalanan balik ke 3 destinasi berbeza:
  • JLQ - Kuantan-Penur-Pekan-Penur-Pekan-Rompin-Muadzam-Segamat-Jementah-Tangkak-Muar.
  • JLF - Kuantan-Penur-Pekan-Rompin-Muadzam-Segamat-Jementah-Muar-Kluang.
  • WJQ - Kemaman-K.Terengganu.
Aktiviti:
  1. Lawatan ke rumah sedara-mara.
  2. Lawatan sambil buang duit ke kedai aksesori kereta.
  3. Lepak2 sambil mandi kolam.
  4. Main game smbil abihkan duit.
  5. Memancing ikan di pantai yang berombak setinggi 3 kaki..ceh..
  6. Mandi kolam lagi...
  7. Lawatan sambil beli dan makan keropok lekor.
  8. Lawatan ke kem tahanan khidmat negara.

Kenangan:
  1. Kejayaan bro Ifwat dalam menewaskan 3 kor ikan ddi pantai Cherating dalam tempoh yg lebih singkat dari bro Ayie menyiapkan perambut-perambutnya. Kejayaan ini akan dibanggakan beliau sehingga tempoh persidangan tahun hadapan.
  2. Kekalahan pasukan all-star Don Jalal dalam pertandingan futsal pantai pada peringkat pertama lagi. Kegagalan dipercayai berpunca dari sikap tidak mahu menang oleh pasukan all-star. Selain itu, ketiadaan pemain perancang, bro Aziq yang tidak dibenarkan bermain kerana masih dlam tahanan.
  3. Perjalanan yang mematahkan pinggang dari Penur ke Segamat.

Tuesday, January 26, 2010

kembali semula...

lama dah x update ruangan keluarga ni..sibuk memanjang dengan hal-hal dunia..hehe..abah n mak dah tentu le sibuk mencari rezeki untuk keluarga...syafiq sibuk final year projek..ayie sibuk meluluskan bantuan dan memeriksa kawasan pekebun-pekebun kecil slim river..fatin sibuk sbb baru naik semester baru...aziq sibuk berkhidmat untuk negara di kem PLKN (jangan lupa solat ye)..n ifwat sibuk mempersiapkan diri untuk periksa tingkatan 3 hujung tahun..peh..semua sibuk...

apapun..harap-harap dapat luangkan masa untuk update laman keluarga ni ye...

Saturday, October 31, 2009

QuiZ KeSeLaMaTaN JaLaN RaYa....

IfwaT........
Mewakili Negeri johor dalam Quiz keselamatan jalan raya kat Tasik Titiwangsa
Tahniah la...wakiL Johor tu..Bukan senang dapat sijil wakil johor tu...hihi
Paper pun all da best ya..

Sunday, October 4, 2009

oPeN HouSe RuMaH Ku...

For Bro Bat..Sile EdiT2 Dis Pic...





Saturday, October 3, 2009

Pic Raya 2009 - rumah Atuk Semah

Adik Beradik Ibu ku...
Mak Uteh X Balik.....

Duduk Dari Kiri: Atuk n Mak Long
Diri Dari Kiri: Pak Andak, Mak Uda, Mak Ngah (emak) and Mak Usu


Family Ku..
Tema Tahun Ini: All GreeN...



Family Mak Uda...
For The First Time Kak Chai'e x join Beraya bersama....


Family Mak Usu..

Family Kak Ina n Abg Din....
Mewakili family mak Long...

Friday, September 25, 2009

selamat hari raya 2009

tahun ni agak meriah memandangkan semua balik ke kampung..maklumle semua dah dok jauh2 le kononnya..ops lupa lak..ifwat belum dikira balik kampung lg sbb dia plg jauh pun kat seberang sg muar je..so sorry bro..hahaha...

raya umah atuk di Felda Sri Jaya Bukit serampang agak hambar sket ar..mybe sbb big bro xde kot..heheh..x ramai yg balik pun..plg havoc pun abg din n kak ina anak-beranak je le..tu pun sbb anak dia kecik2...nasib baik extreme progenies ni ada...tu yg mlm raya kedua memekak kat depan umah sampai pagi..puas mak ude batuk2..kira warning suruh diam le tu..tp sbb bro ayie punya syok citer pasal keje dia..(maklum le..baru keje beb..hahah)...batuk mak ude smpai jd batuk kering pun kitorang x berenti2 sembang lg..last2 4pg gak baru tido...steady lah...

raya ke3 ada sikit huru hara kat umah kesang...peh..macam nak pecah rumah abah n mak sbb kepadatan spesis manusia yg melampaui kadar kependudukan yg dibenarkan...hampir semua adik beradik abah dgn anak cucu cicit sedara mara semua ada memenuhi segenap ruang yg ada kat rumah tu...tu blom kira yg bawak sedara luar (unregistered version) punya tu..kira mmg catat rekod la hari tu...yg dikenalpasti tidak hadir akan dikenakan tindakan disiplin..antara calon2nya ialah abg in anak Pak Long merangkap cucu sulung (tanpa sbb munasabah) dan fendi anak Mak Uda...tp kalau le ada anugerah family yg plg supportive..sure kita boleh bg kepada Mak Uda Jelai la...peh..anak2 dah mcm dalam game Mafia Wars dah..semua hadir...ganas2 plak dressing tu...hahaha...

gambar2 harap dapat bro afiq dpt upload bnyk lg..sbb xde dalam simpanan gua le...

sekian..yg lain2 sila tambah..

Wednesday, September 23, 2009

Pic Raya 2009
Umah atuk Semah.......