Wednesday, February 3, 2010

Persidangan Keluarga Don Jalal

Lokasi: Legend, Cherating.

Persidangan keluarga peringkat kebangsaan 2010 berlangsung dengan meriahnya pada 29 - 31 Januari 2010 lalu di pesisiran pantai Cherating. Persidangan selama 3 hari itu bertujuan membincangkan isu-isu dan perkara berbangkit sepanjang 2001 - 2010. Persidangan dihadiri oleh semua ahli keluarga kecuali bro Aziq yang tidak hadir dengan kebenaran kerana sedang menjalani tahanan khidmat negara.

Persidangan ini juga menyaksikan bro Ayie berlagak dengan sport rim SSR yang bernilai RM3K (kosong)..


Tentatif:
  1. Perjalanan dari 2 lokasi (Muar-JLQ501 dan Kluang-JLF2063) dan bertemu di Segamat. Perjalanan diteruskan ke Sg. Isap, Pahang sebagai lokasi bermalam pada hari pertama.
  2. Perjalanan dari Sg. Isap (JLQ & JLF) dan K.Terengganu (WJQ1325) dan bertemu di Legend sebagai lokasi utama persidangan.
  3. Perjalanan balik ke 3 destinasi berbeza:
  • JLQ - Kuantan-Penur-Pekan-Penur-Pekan-Rompin-Muadzam-Segamat-Jementah-Tangkak-Muar.
  • JLF - Kuantan-Penur-Pekan-Rompin-Muadzam-Segamat-Jementah-Muar-Kluang.
  • WJQ - Kemaman-K.Terengganu.
Aktiviti:
  1. Lawatan ke rumah sedara-mara.
  2. Lawatan sambil buang duit ke kedai aksesori kereta.
  3. Lepak2 sambil mandi kolam.
  4. Main game smbil abihkan duit.
  5. Memancing ikan di pantai yang berombak setinggi 3 kaki..ceh..
  6. Mandi kolam lagi...
  7. Lawatan sambil beli dan makan keropok lekor.
  8. Lawatan ke kem tahanan khidmat negara.

Kenangan:
  1. Kejayaan bro Ifwat dalam menewaskan 3 kor ikan ddi pantai Cherating dalam tempoh yg lebih singkat dari bro Ayie menyiapkan perambut-perambutnya. Kejayaan ini akan dibanggakan beliau sehingga tempoh persidangan tahun hadapan.
  2. Kekalahan pasukan all-star Don Jalal dalam pertandingan futsal pantai pada peringkat pertama lagi. Kegagalan dipercayai berpunca dari sikap tidak mahu menang oleh pasukan all-star. Selain itu, ketiadaan pemain perancang, bro Aziq yang tidak dibenarkan bermain kerana masih dlam tahanan.
  3. Perjalanan yang mematahkan pinggang dari Penur ke Segamat.

No comments:

Post a Comment