Tuesday, September 21, 2010

Kisah Bapa Pukul Anak Kerana Pakai Tudung

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan?

Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilik mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau! Bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah.

Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru je nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka je pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, "Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar!

Panggggggggggggggggggg!!!

Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....

"Sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak..."

Pangggggggggggggggggggg....!!

Bapaku labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa???

Dah 100 kali aku habaq,
LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!!

Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".

Monday, September 20, 2010

kepulangan dan kepulangan....

salam..
selamat hari raya..salam 1 Malaysia (ayat standard dalam ucapan rasmi sekarang...)

nampak ada perkembangan positif dalam pengisisan laman keluarga Don Jalal nih..memasing dah aktif menaip mengisi laman dengan memacam pengisian...dari laporan gerakan keluarga hingga ke keindahan matematik...wahaha...best2..

macam biasa..lepas ke perjumpaan reramai, memacam cerita boleh dikongsi bersama...maklumle...bukan senang nak berkumpul sekarang..paling senang nak jumpa dan fulltime di Honorable Garden cuma Bro Afiq n Bro Ifwat...yang lelain balik sesekali sesekala..tu pun x selalu saing-saing balik...maklum le...sibuk le konon...hahaha..

raya ni aktiviti rasanya banyak ke arah pemburusan spesis-spesis hidupan akuatik...baik yang kecik mahupun yang beso...sejak raya pertama lag dah mula memasang senjata memburu spesis ni...x cukup siang hari, memalam buta pun turun gelanggang...namun kebanyakan masa dihabiskan menjadi berekor-ekor bangau...menunggu dan terus menunggu...hahaha....tp apa nak kisah kan...hasil bukan segalanya..apa yang penting adalah dapat pergi berburu sambil beramah mesra bersama teman-teman dan rakan-rakan sepem'bangau'an...hahahah.....

masa yang banyak juga diisi dengan tinjauan ke pejabat Unit Perancangan dan Operasi yang akan dirasmikan sedikit masa lagi...jutaan terima kasih diucapkan kepada Datuk Jalal dan Datin Halimah serta Bro Afiq, Bro Ayie dan Bro Ifwat semasa upacara pecah sabun tempoh hari..insyaAllah perasmian akan diadakan pada hujung November 2010 nanti...

upacara open house Datuk dan Datin pun nampaknya hari sabtu lepas dapat dijayakan tanpa sebarang pertumpahan darah...menunjukkan Clan Don Jalal masih disegani oleh kawasan jajahan beliau...cuma Bro Aziq je nampaknya terlalu menonjol sehingga mendedahkan diri beliau kepada serangan musuh yang menggunakan taktik 'pemujian aras ke 13 mahabrata' hingga membuat beliau mengalami kecederaan mental tahap 4...semoga kecederaan tersebut tidak menjejaskan karier beliau sebagai Capo di Puncak Alam...

Kejadian misteri kehilangan juga masih dalam siasatan...beberapa suspek dikenalpasti..namun kes tersebut nampaknya memberikan impak sampingan yang hanya diketahui beberapa ahli Clan Don Jalal..tindakan selanjutnya akan dibincangkan dalam perjumpaan akan datang...

gambar-gambar trip banyak yang tak ambik guna kamera sendiri..so, mintak le adik-adik yang memegang kamera meng'upload'kan gambar-gambar yang menjadi kenangan tu...

Untuk masa yang akan datang ni, didoakan kejayaan Bro Afiq untuk berjaya menempatkan diri dalam program pascasiswazah UDM, Bro ayie mendapat keuntungan besar dalam bisnes kayu-kayan dan buah kelapa keciknya, Sis Atin cemerlang dalam exam math equation, Bro Aziq berjaya dalam exam 3rd Level Shooting Accuracy yang membawa gelaran Capo...dan untuk Bro Ifwat, semoga cemerlang dalam PMR untuk straight As seterusnya memenangi tiket umrah dan langkaswi seperti yang dijanjikan....

sekian..


Saturday, September 18, 2010

OH MATHS (2)

behind maths..

Without 8
12345679 x 9 = 111111111
12345679 x 18 = 222222222
12345679 x 27 = 333333333
12345679 x 36 = 444444444
12345679 x 45 = 555555555
12345679 x 54 = 666666666
12345679 x 63 = 777777777
12345679 x 72 = 888888888
12345679 x 81 = 999999999


Sequential Inputs of 9
9 x 9 = 81
99 x 99 = 9801
999 x 999 = 998001
9999 x 9999 = 99980001
99999 x 99999 = 9999800001
999999 x 999999 = 999998000001
9999999 x 9999999 = 99999980000001
99999999 x 99999999 = 9999999800000001
999999999 x 999999999 = 999999998000000001



Sequential Inputs of 6
6 x 7 = 42
66 x 67 = 4422
666 x 667 = 444222
6666 x 6667 = 44442222
66666 x 66667 = 4444422222
666666 x 666667 = 444444222222
6666666 x 6666667 = 44444442222222
66666666 x 66666667 = 4444444422222222
666666666 x 666666667 = 444444444222222222

wut do u think ryte now??
awesome isnt it.
try to study maths..
very fun u know..
:D
......................................

Friday, September 17, 2010

Under Boss @ Super Duper Crocs


Apabila UNDER BOSS keletihan...

Thursday, September 16, 2010

tragedi 16 september 2010


Sedang seronok Nani bermain bersama kanak2 ribena yg seangkatan dengannya di halaman rumah Pak Uda+Mak Uda, tiba2 beliau diserang seekor serangga..Sehingga kini,serangga tersebut masih belum dikenalpasti..Jeritan beliau telah menggegarkan seluruh penghuni dan juga tetamu yg berada di dalam rumah yg sedang mencekik sambil berbual2 kosong..Seorang Hero yg juga dikenali sebagai Bro Syafiq dgn pantas berlari mendapatkan beliau yg sedang menjerit(kebetulan dia ada kat luar kot..hehe)..Kemudian seorang lg Hero iaitu Bro Bat pon bergegas keluar utk menenangkan beliau yg masih berada dalam kesakitan..Beliau telah didukung kedalam rumah utk diberi rawatan kecemasan oleh pegawai2 perubatan yg ada..hehe..ini lah buktinya..hahaa..



(bdk maths xpndai mengarang..nak tmbah baik,sgt dialu2kan.. =p)