selamat hari raya..salam 1 Malaysia (ayat standard dalam ucapan rasmi sekarang...)
nampak ada perkembangan positif dalam pengisisan laman keluarga Don Jalal nih..memasing dah aktif menaip mengisi laman dengan memacam pengisian...dari laporan gerakan keluarga hingga ke keindahan matematik...wahaha...best2..
macam biasa..lepas ke perjumpaan reramai, memacam cerita boleh dikongsi bersama...maklumle...bukan senang nak berkumpul sekarang..paling senang nak jumpa dan fulltime di Honorable Garden cuma Bro Afiq n Bro Ifwat...yang lelain balik sesekali sesekala..tu pun x selalu saing-saing balik...maklum le...sibuk le konon...hahaha..
raya ni aktiviti rasanya banyak ke arah pemburusan spesis-spesis hidupan akuatik...baik yang kecik mahupun yang beso...sejak raya pertama lag dah mula memasang senjata memburu spesis ni...x cukup siang hari, memalam buta pun turun gelanggang...namun kebanyakan masa dihabiskan menjadi berekor-ekor bangau...menunggu dan terus menunggu...hahaha....tp apa nak kisah kan...hasil bukan segalanya..apa yang penting adalah dapat pergi berburu sambil beramah mesra bersama teman-teman dan rakan-rakan sepem'bangau'an...hahahah.....
masa yang banyak juga diisi dengan tinjauan ke pejabat Unit Perancangan dan Operasi yang akan dirasmikan sedikit masa lagi...jutaan terima kasih diucapkan kepada Datuk Jalal dan Datin Halimah serta Bro Afiq, Bro Ayie dan Bro Ifwat semasa upacara pecah sabun tempoh hari..insyaAllah perasmian akan diadakan pada hujung November 2010 nanti...
upacara open house Datuk dan Datin pun nampaknya hari sabtu lepas dapat dijayakan tanpa sebarang pertumpahan darah...menunjukkan Clan Don Jalal masih disegani oleh kawasan jajahan beliau...cuma Bro Aziq je nampaknya terlalu menonjol sehingga mendedahkan diri beliau kepada serangan musuh yang menggunakan taktik 'pemujian aras ke 13 mahabrata' hingga membuat beliau mengalami kecederaan mental tahap 4...semoga kecederaan tersebut tidak menjejaskan karier beliau sebagai Capo di Puncak Alam...
Kejadian misteri kehilangan juga masih dalam siasatan...beberapa suspek dikenalpasti..namun kes tersebut nampaknya memberikan impak sampingan yang hanya diketahui beberapa ahli Clan Don Jalal..tindakan selanjutnya akan dibincangkan dalam perjumpaan akan datang...
gambar-gambar trip banyak yang tak ambik guna kamera sendiri..so, mintak le adik-adik yang memegang kamera meng'upload'kan gambar-gambar yang menjadi kenangan tu...
Untuk masa yang akan datang ni, didoakan kejayaan Bro Afiq untuk berjaya menempatkan diri dalam program pascasiswazah UDM, Bro ayie mendapat keuntungan besar dalam bisnes kayu-kayan dan buah kelapa keciknya, Sis Atin cemerlang dalam exam math equation, Bro Aziq berjaya dalam exam 3rd Level Shooting Accuracy yang membawa gelaran Capo...dan untuk Bro Ifwat, semoga cemerlang dalam PMR untuk straight As seterusnya memenangi tiket umrah dan langkaswi seperti yang dijanjikan....
sekian..
No comments:
Post a Comment