Friday, October 8, 2010

JARI

maksud 5 jari yg ada kita ada..

Cuba tengok jari anda. Genggam kuat2 dan angkat ke atas sambil laung.."Allahu Akbar".
Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

Straight kan jari ke depan dlm keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu jangan kita abaikan.

Put ur hand on the table, perhatikan. Start dr jari
kelinking yg kecil dan kerdil, mcm manusia dan apa benda pun akan start dr kecil then membesar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Whatever we do semua start dari kecil. Kegagalan mendidik pd usia muda akan beri kesan yg besar pd masa depan.

Then tgk jari
kedua, jari manis. Mcm tu jugak la dgn usia remaja..semuanya sweet..manis mcm jari manis. Masa remaja kita selalu di duga dgn cabaran dan dugaan. Hanyan iman & takwa akan tunjukkan jalan kebenaran.

Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita. At 30's kita dah punya status & ekonomy & career yg stabil but kita kena careful sebab masa ni la banyak "hantu- hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan macam2 hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. So kita kena la lipat gandakan ibadat.

Jari
telunjuk - Jari ni lah yg mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketikasolat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk see how...Gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh dan tauladan pada jari2 sblm ni. Mcm tu jugak dgn kita perlu jadi role model to the new generation.. jadi pembimbing yg kaya dgn idea bernas dan a great mind.

Lastly renung la
ibu jari.. besar/gemuk & pendek compare to the others but it shows kematangan & kehebatan yg membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau takde ibu jari...nak gengam/pegang something cukup susah.. nak pegang sudu pun susah. To young generation, nak buat2 apa rujuk la kat org tua/berpengalaman. Kalau kita patuh pd petunjuk mereka, then boleh la kita say "good" or "yes" sambil thumbs up itulah rahsia kejayaan kita.

Tuesday, September 21, 2010

Kisah Bapa Pukul Anak Kerana Pakai Tudung

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan?

Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilik mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau! Bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah.

Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru je nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka je pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, "Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar!

Panggggggggggggggggggg!!!

Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....

"Sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak..."

Pangggggggggggggggggggg....!!

Bapaku labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa???

Dah 100 kali aku habaq,
LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!!

Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".

Monday, September 20, 2010

kepulangan dan kepulangan....

salam..
selamat hari raya..salam 1 Malaysia (ayat standard dalam ucapan rasmi sekarang...)

nampak ada perkembangan positif dalam pengisisan laman keluarga Don Jalal nih..memasing dah aktif menaip mengisi laman dengan memacam pengisian...dari laporan gerakan keluarga hingga ke keindahan matematik...wahaha...best2..

macam biasa..lepas ke perjumpaan reramai, memacam cerita boleh dikongsi bersama...maklumle...bukan senang nak berkumpul sekarang..paling senang nak jumpa dan fulltime di Honorable Garden cuma Bro Afiq n Bro Ifwat...yang lelain balik sesekali sesekala..tu pun x selalu saing-saing balik...maklum le...sibuk le konon...hahaha..

raya ni aktiviti rasanya banyak ke arah pemburusan spesis-spesis hidupan akuatik...baik yang kecik mahupun yang beso...sejak raya pertama lag dah mula memasang senjata memburu spesis ni...x cukup siang hari, memalam buta pun turun gelanggang...namun kebanyakan masa dihabiskan menjadi berekor-ekor bangau...menunggu dan terus menunggu...hahaha....tp apa nak kisah kan...hasil bukan segalanya..apa yang penting adalah dapat pergi berburu sambil beramah mesra bersama teman-teman dan rakan-rakan sepem'bangau'an...hahahah.....

masa yang banyak juga diisi dengan tinjauan ke pejabat Unit Perancangan dan Operasi yang akan dirasmikan sedikit masa lagi...jutaan terima kasih diucapkan kepada Datuk Jalal dan Datin Halimah serta Bro Afiq, Bro Ayie dan Bro Ifwat semasa upacara pecah sabun tempoh hari..insyaAllah perasmian akan diadakan pada hujung November 2010 nanti...

upacara open house Datuk dan Datin pun nampaknya hari sabtu lepas dapat dijayakan tanpa sebarang pertumpahan darah...menunjukkan Clan Don Jalal masih disegani oleh kawasan jajahan beliau...cuma Bro Aziq je nampaknya terlalu menonjol sehingga mendedahkan diri beliau kepada serangan musuh yang menggunakan taktik 'pemujian aras ke 13 mahabrata' hingga membuat beliau mengalami kecederaan mental tahap 4...semoga kecederaan tersebut tidak menjejaskan karier beliau sebagai Capo di Puncak Alam...

Kejadian misteri kehilangan juga masih dalam siasatan...beberapa suspek dikenalpasti..namun kes tersebut nampaknya memberikan impak sampingan yang hanya diketahui beberapa ahli Clan Don Jalal..tindakan selanjutnya akan dibincangkan dalam perjumpaan akan datang...

gambar-gambar trip banyak yang tak ambik guna kamera sendiri..so, mintak le adik-adik yang memegang kamera meng'upload'kan gambar-gambar yang menjadi kenangan tu...

Untuk masa yang akan datang ni, didoakan kejayaan Bro Afiq untuk berjaya menempatkan diri dalam program pascasiswazah UDM, Bro ayie mendapat keuntungan besar dalam bisnes kayu-kayan dan buah kelapa keciknya, Sis Atin cemerlang dalam exam math equation, Bro Aziq berjaya dalam exam 3rd Level Shooting Accuracy yang membawa gelaran Capo...dan untuk Bro Ifwat, semoga cemerlang dalam PMR untuk straight As seterusnya memenangi tiket umrah dan langkaswi seperti yang dijanjikan....

sekian..


Saturday, September 18, 2010

OH MATHS (2)

behind maths..

Without 8
12345679 x 9 = 111111111
12345679 x 18 = 222222222
12345679 x 27 = 333333333
12345679 x 36 = 444444444
12345679 x 45 = 555555555
12345679 x 54 = 666666666
12345679 x 63 = 777777777
12345679 x 72 = 888888888
12345679 x 81 = 999999999


Sequential Inputs of 9
9 x 9 = 81
99 x 99 = 9801
999 x 999 = 998001
9999 x 9999 = 99980001
99999 x 99999 = 9999800001
999999 x 999999 = 999998000001
9999999 x 9999999 = 99999980000001
99999999 x 99999999 = 9999999800000001
999999999 x 999999999 = 999999998000000001



Sequential Inputs of 6
6 x 7 = 42
66 x 67 = 4422
666 x 667 = 444222
6666 x 6667 = 44442222
66666 x 66667 = 4444422222
666666 x 666667 = 444444222222
6666666 x 6666667 = 44444442222222
66666666 x 66666667 = 4444444422222222
666666666 x 666666667 = 444444444222222222

wut do u think ryte now??
awesome isnt it.
try to study maths..
very fun u know..
:D
......................................

Friday, September 17, 2010

Under Boss @ Super Duper Crocs


Apabila UNDER BOSS keletihan...

Thursday, September 16, 2010

tragedi 16 september 2010


Sedang seronok Nani bermain bersama kanak2 ribena yg seangkatan dengannya di halaman rumah Pak Uda+Mak Uda, tiba2 beliau diserang seekor serangga..Sehingga kini,serangga tersebut masih belum dikenalpasti..Jeritan beliau telah menggegarkan seluruh penghuni dan juga tetamu yg berada di dalam rumah yg sedang mencekik sambil berbual2 kosong..Seorang Hero yg juga dikenali sebagai Bro Syafiq dgn pantas berlari mendapatkan beliau yg sedang menjerit(kebetulan dia ada kat luar kot..hehe)..Kemudian seorang lg Hero iaitu Bro Bat pon bergegas keluar utk menenangkan beliau yg masih berada dalam kesakitan..Beliau telah didukung kedalam rumah utk diberi rawatan kecemasan oleh pegawai2 perubatan yg ada..hehe..ini lah buktinya..hahaa..



(bdk maths xpndai mengarang..nak tmbah baik,sgt dialu2kan.. =p)

Wednesday, August 18, 2010

oh maths!!

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

pelik tapi benar kn?
and finally,tgk keunikannya lg.

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321

inilah maths.sungguh unik.menjadikan manusia-manusia yg menguasainya juga hebat.
gud luck to my sis yg kini dlm proses utk menjadi pkr matematik suatu hari nnti insyaallah...

if everyone cared-nickelback

Thursday, August 5, 2010

KeRJa KaHWiN LaGi...

Alhamdulillah......
tahniah kepada Pak Long coz dah dapat menantu baru....
semoga berkekalan sehingga ke anak cucu.....:)
Keluarga kita ni lama lagi kot nak sambut menantu lagi...
kalau ade pun Bazli la..coz die dah berkerjaya...haha
aper2 pun tunggu dan lihat.....hehe

Majlis kat kota tinggi tu family kitorg just menghantar Bro sYaFiQ as a BodyGuard for Dato' Haji Ab. Jalal and Datin Halimah ke majlis tersebut....huhuhu
Maklumlah budget dah lari coz semua dah gi Ganu gi KOnvo aku...huhuhu
thanx everyone....
sedih seh xder org teman...nasib baik leh gak join mak ngn mak uteh Hanim bergossip...
huhuhu...Awin men Hp jer...xlama lagi majlis die pulak..insyaAllah awal tahun depan..
aku? huhuhu...aku pun x tahu biler...

Gambar xupload lagi coz Fatin xpulang cable Camera SLR aku..
So xleh la nak upload pic kat sini...
So..keep in touch la if nak tgk perkembangan terbaru....
huhuhu

Saturday, June 19, 2010

food test

TEST FOR SUGAR USING BENEDICT's SOLUTION

Benedict's reagent (also called Benedict's solution or Benedict's test) is a chemical reagent named after an American chemist, Stanley Rossiter Benedict.

Benedict's reagent is used as a test for the presence of reducing sugars. This includes allmonosaccharides and the disaccharides, lactose and maltose. Even more generally, Benedict's test will detect the presence of aldehydes (except aromatic ones), and alpha-hydroxy-ketones, including those that occur in certain ketoses. Thus, although the ketose fructose is not strictly a reducing sugar, it is an alpha-hydroxy-ketone, and gives a positive test because it is converted to the aldoses glucose and mannose by the base in the reagent.

ExperimentObservationInference
Substance in water + 3ml Benedict's solution, then boil for few minutes and allow to cool.Red ppt or green ppt or yellow ppt obtainedReducing sugar e.g. Glucose is present
Substance in water + 3ml Benedict's solution, then boil for few minutes and allow to cool.Solution remains clearReducing sugar is not present


from left: haziq, oren, sabiq, rashid, ammar
group C3



thank to Benedict






Thursday, June 17, 2010

RENUNGLAH

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !


credit to isuhangat

Copy from one, it's plagiarism; copy from two, it's research-wilson mizner
trying to be a blogger-haziq

Wednesday, June 2, 2010

Syafiq abis...haziq plak menyambung

Salam...
Lama dah x update...maklumle sibuk menyambut puteri baru...si kakak nampaknya amik masa nak biasakan diri sejak kedatangan ahli baru dalam keluarga...

Tahniah kepada bro syafiq...abih gak 4 tahun menuntut ilmu sihir pertanian di terengganu...rasa cam baru je lg expidisi menghantar beliau dulu...tup tup dah abih dah...konvo afiq rasanya mcm dengar2 macam julai ni...haha..cun..nampak cam boleh buat komplot menyinggah kenyir nampaknya..hehehe...

Tahniah juga kepada haziq...kini menuntut jurus pertama sihir kaji hayat di Puncak Alam...peh bapak tinggi tempat dia menuntut...kira tahap2 langit dah ni...kot2 jumpa ayah pin jgn le pulak ko salah nuntut...hahahaah...

Ayie nampaknya semakin sibuk dengan bisnes2 dia...nampak cam projek sawit dan ikan kolam akan mendatangkan hasil yang lumayan...dan nampaknya beliau akan menjadi penaja utama trip kenyir hujung tahuni..yeah!

Fatin semakin mengganas di UPM...kalau dulu macam jd ketua aras lebih kurang (tapi plg tinggi tu jawatan dia sbb aras yg dijaga adalah aras plg tinggi)..tahun ni nampaknya beliau cuba mengawal blok di kolej nampaknya..tp nampaknya beliau telah tewas dalam pilihanraya blok..tp beliau tidak mengenal putus asa...skrg dok intai kerusi naib canselor upm..peh dasat gila cita2..hahaha...

Ifwat..cam biasa..study hard...nak PMR le katakan..punya la hard stadi smpai tusyen pun dah x sempat nak pi...hehehe...tp beliau mmg best..kalau stadi, punya le focus...cuma KFC dan Pizza je yg mampu menggugat kefokusan beliau..kalau setakat roti john sg. rambai dia buat dono jek...

Apapun..adik2 marilah kita ramai2 memeriahkan kenyir nanti..hahahaha!

Sunday, May 9, 2010

Avenged Sevenfold- Dear god with lyrics

Tahniah kepada Abg Bat & Kak Ery

CongraTe To Abg. Bat 7 Kak Ery...
sempena mendapat kelahiran baby girl baru
Izdihar Hasya Binti Izuan Bahtiar....
makin bertambah la gurl kat rumah tu...
ade gak teman puteri sulung Izdihar Hanani untuk bermain...huhuhu
Paper pun Aqiqah tunggu semua balik....huhuhuhu

Saturday, March 13, 2010

Tahniah!

Tahniah kepada bro Aziq n Bro Ifwat atas kejayaan memasing.

Wednesday, February 3, 2010

Persidangan Keluarga Don Jalal

Lokasi: Legend, Cherating.

Persidangan keluarga peringkat kebangsaan 2010 berlangsung dengan meriahnya pada 29 - 31 Januari 2010 lalu di pesisiran pantai Cherating. Persidangan selama 3 hari itu bertujuan membincangkan isu-isu dan perkara berbangkit sepanjang 2001 - 2010. Persidangan dihadiri oleh semua ahli keluarga kecuali bro Aziq yang tidak hadir dengan kebenaran kerana sedang menjalani tahanan khidmat negara.

Persidangan ini juga menyaksikan bro Ayie berlagak dengan sport rim SSR yang bernilai RM3K (kosong)..


Tentatif:
  1. Perjalanan dari 2 lokasi (Muar-JLQ501 dan Kluang-JLF2063) dan bertemu di Segamat. Perjalanan diteruskan ke Sg. Isap, Pahang sebagai lokasi bermalam pada hari pertama.
  2. Perjalanan dari Sg. Isap (JLQ & JLF) dan K.Terengganu (WJQ1325) dan bertemu di Legend sebagai lokasi utama persidangan.
  3. Perjalanan balik ke 3 destinasi berbeza:
  • JLQ - Kuantan-Penur-Pekan-Penur-Pekan-Rompin-Muadzam-Segamat-Jementah-Tangkak-Muar.
  • JLF - Kuantan-Penur-Pekan-Rompin-Muadzam-Segamat-Jementah-Muar-Kluang.
  • WJQ - Kemaman-K.Terengganu.
Aktiviti:
  1. Lawatan ke rumah sedara-mara.
  2. Lawatan sambil buang duit ke kedai aksesori kereta.
  3. Lepak2 sambil mandi kolam.
  4. Main game smbil abihkan duit.
  5. Memancing ikan di pantai yang berombak setinggi 3 kaki..ceh..
  6. Mandi kolam lagi...
  7. Lawatan sambil beli dan makan keropok lekor.
  8. Lawatan ke kem tahanan khidmat negara.

Kenangan:
  1. Kejayaan bro Ifwat dalam menewaskan 3 kor ikan ddi pantai Cherating dalam tempoh yg lebih singkat dari bro Ayie menyiapkan perambut-perambutnya. Kejayaan ini akan dibanggakan beliau sehingga tempoh persidangan tahun hadapan.
  2. Kekalahan pasukan all-star Don Jalal dalam pertandingan futsal pantai pada peringkat pertama lagi. Kegagalan dipercayai berpunca dari sikap tidak mahu menang oleh pasukan all-star. Selain itu, ketiadaan pemain perancang, bro Aziq yang tidak dibenarkan bermain kerana masih dlam tahanan.
  3. Perjalanan yang mematahkan pinggang dari Penur ke Segamat.

Tuesday, January 26, 2010

kembali semula...

lama dah x update ruangan keluarga ni..sibuk memanjang dengan hal-hal dunia..hehe..abah n mak dah tentu le sibuk mencari rezeki untuk keluarga...syafiq sibuk final year projek..ayie sibuk meluluskan bantuan dan memeriksa kawasan pekebun-pekebun kecil slim river..fatin sibuk sbb baru naik semester baru...aziq sibuk berkhidmat untuk negara di kem PLKN (jangan lupa solat ye)..n ifwat sibuk mempersiapkan diri untuk periksa tingkatan 3 hujung tahun..peh..semua sibuk...

apapun..harap-harap dapat luangkan masa untuk update laman keluarga ni ye...